Friday, 6 February 2015

walk-in internship

assalamualaikum 

ehem sayang-sayang.. mesti rindu awak-awak semua kat cik munirah kan.. well , final year student hidup dia sendiri pun tak terurus lagikan orang lain..lagi tak sempat mak nak uruskan.

tapi segala kesibukan itu dah lepas... and Alhamdulillah cik munirah dah menamatkan zaman itu dengan jayanya.. (zaman bujang belum lagi yerrr) 

exam-tesis-assignment-hutang-pinjam buku-pulang kunci-daftar keluar asrama 
semuanya settle except "internship".. pas tu nak haruk huhahahuhaha tak kesah la nak jadi apa takda orang kesah lagi dah.. 

siapa kata tak kesah?? jangan lupa hang kena balas jasa. berkhidmat dengan negara tercinta. 

ekkk berkhidmat? 

iyelah takkan nak perap ilmu tu kak sayang... hang kena la kerja kak oi..

alasan : ( wait... chuben I tell me, SAYANG awak dodok rumah masak-masak , kemas-kemas, jaga anak-anak dan anak I je ok... don't worry biar I kerja membanting tulang 3 kerat I, sebab lagi 1 tulang pada you..you tak payah susah-susah kerja

jawapan : puihhh,,, chuben mana yang cakap leklok begitu dengan you?? bila hang nikah??
kalau hang tak kerja hang nak buat apa ilmu hang tu?? pekasam

alasan : kan boleh bekerja dari rumah? tak boleh ke?? 

jawapan: bagi I 1 bukti cukup hang buat apa kat rumah? rajinnya hang nak kerja dari rumah, kerja rumah pun hang agak malaih nak buat. ada hati noh nak kerja dari rumah

finally: ok, I kerja... demi memertabatkan agama, bangsa dan negara dan membalas jasa mak ayah I yang telah bersusah payah hantar I pi belajaq tinggi-tinggi sampai I dapat tengok kubah USIM. 

iya.. but jangan lupa belajar tinggi mana pun seorang perempuan, walau dia jadi bos besar ataupun PM sekalipun (ae lupa mana boleh perempuan jadi PM.. OK2 tukar , MENTERI PEMBANGUNAN WANITA DAN KELUARGA lah senang) kat rumah dia tetap hanya assistant bukan bos lagi..

STOP apa kaitan ayat tu dengan muqaddimah tadi? macam tak kena je...

heee
apapun..congrate buat diri sendiri, buat kawan-kawan saya yang dah selamat habiskan masa 3 tahun menelaah ilmu. selamat ber 'internship' semua. 
ingat internship kerana Allah bukan semata2 nak grad ok... :)

kat bawah ni ada recipe to be a Good Intern : study and practise ok



with love---


Monday, 27 October 2014

malificent - cinta sejati bukan dari lelaki

salamunalaik...kawan-kawan, readers2, peminat2,fans2 dan segalanyaaaa...  
dekat sebulan tak menaip entry dan tak sampai idea nak menaip apa, akhirnya malificent jadi point.. hohoho.. 
pengaruh fairytale banyak sangat cik munirah ni dah.. padahal malificent tu punyalah dah basi..kat wayang dah tak tayang pun.. kes nya sebab haritu takda sapa nak teman kita time dia tengah officially show...huhuhu.. yelah..time malificent tayang tu, kita kan tak tunang lagi ???? ( ekkk.. bukan sekarang pun tak tunang lagi ke??)) (AJARAN KESESATAN NI SEMATA2- TUNANG BUKAN ALASAN MENGHALALKAN SEGALA JENIS DATING MATING YE ADIK2) 
ekkkk STOP,STOP,STOP..

betapa sanggupnya sebab malificent aku redah segala jenis link internet.. cari kat youtube semua dah di tutup...(movie sekarang mana boleh tayang kat youtube) ..gigih juga la kan mencari dan finally..jumpa..haha bahagia tahap bunga2 turun dari langit.. even tak HD even size 3x5inch je..tapi puas dapat tengok.. (terima kasih untuk wiFi KK1 yang laju, tanpa buffering aku mengadap cita tuh, best juga rupanya tak balik kampung time midterm break ni... tengok movie free je hari2 tanpa gangguan) 

back to malificent.. dia bukan wanita sihir..hanya mempunyai sakti..(suka sangat fiksyen pelik munirah ni) yang sangat sayangggggggggg ang ang kat pakwa dia (makwa mana tak sayang pakwa oi) sebab kan sayang sangat sampai dia terkorban..sayang2 sangat sampai ditinggalkan, sampai sesuatu yang berharga dalam diri dia hilang dan paling teruk dikorbankan (sayap ajaib) untuk mengejar takhta.. sampai 1 hari malificent bangkit dan menjadi permaisuri yang paling kejam dan zalim.. dush2.. i think,the mostly true, perempuan boleh jadi nekad dan belajar erti kejam bila sesuatu yang dia sayang menyakiti dia... salah cerita ni sebab dendam.. tapi secara kajian tepatnya memang wanita akan bangkit bila dia disakiti..(ae?? nak mention pengalaman sendiri ke camne ni?)

malificent dan princess aurora: ego menyatakan cinta 
seperti wishes malificient semasa hari kelahiran princess aurora, (anak exboyfie malificent), princess aurora akan membesar sebagai seorang puteri cantik dalam keadaan dilimphi dengan kebahagiaan.. but pada hari lahir yang ke 16 dia akan mati berpunca dari jarum tenun.. sebenarnya dari waktu aurora lahir, rasa cinta malificent pada aurora tu muncul.. (even bukan ada hubungan apa-apa) anak tiri lagilah bukan.. anak bekas pakwa jahat je pun.. (kalau kita?? anak bekas pakwa yang jahat nak dibuat ape ek?? )) tapi dia punya sayang kat aurora tu,(even dia kata dia benci) dan aurora tu sayang sangat kat fairygodmother dia..  cure hari kematian yang sangat dijauhi oleh semua adalah true love kiss.. putera raja yang kiss dia pun tak jadi cure.. last malificent yang kiss?? sembuh... 

so?? sebenarnya cinta sejati tak datang dari seorang lelaki semata2..kadang2 orang yang sangat benci kita itu cinta sejati. pesanan buat kaum adam, jangan main-main dengan lembutnya dan tulusnya cinta seorang perempuan, bila dia tersakiti, dia sanggup lakukan apa sahaja termasuk jadi perampas kasih sayang orang lain... buat hawa... jangan buat kerja bodoh bila anda disakiti, celiklah bahawa dia adalah orang yang menolak tuah menyakiti meninggalkan dan tidak menghargai anda seorang yang tulus dalam cinta...

Thursday, 4 September 2014

Special treat for my SAYANG

assalamalaikum..

Alhamdulillah.. guess what, nasib baik pakcik PTPTPTPT saya baik hati semester ni.. 
So, dari haritu berangan-berangan nak bagi hadiah istimewa buat diri sendiri, holiday sudah, sekarang ni membazir untuk head to toe.. ohh nope3.. bukan membazirkan.. mengorbankan sedikit wang untuk layanan manja buat tubuh yang dah lama berkhidmat untuk kita. (( sebelum kita dah serabai naik semester nanti ye)) 

sebabkan cik munirah tahu cik munirah takkan ada masa untuk treatment diri sendiri time dah busy, so ambil jalan mudah kita suruh orang treatmentkan untuk kita..

padahal treatment rambut je pun..
keterpaksaan sebab mengalami keguguran rambut di tahap kritikal. Last POTONG... 

for us, Muslimah, kalau kat tempat cik Munirah susah nak cari salon Muslimah kat sini. Tapi cik Munirah try 1 salon ni lebih kurang setahun lebih juga la bertapak kat sini. De Ayra Muslimah ( Salun Rambut & kecantikan ). actually cik munirah baru first time datang sini even dekat je dari rumah. alasan?? takut mahal..

tapi alhamdulillah harga yang berbaloi dengan servis.

cik Munirah ambil pakej rambut :
*gunting
*cuci
*treatment (kelimumur / gugur )
*blow
=RM 48.00

BERBALOI KAN???

dengan tempat yang selesa. only wanita yang dibenarkan masuk, servis yang best, pekerja yang peramah , harga yang murah, so cik Munirah berani rekmen kat you all..



for details :
De Ayra Muslimah Salun Rambut & Kecantikan
No. 36 A, Tingkat 1, Jalan Pesona 2,
 Taman Pesona Kluang Johor Malaysia
Tel : 013-7884985





penutup trip Jogja ( pelajaran indah, pengajaran indah )

alhamdulillah syukur tak terhingga akhirnya kami sampai di Malaysia dengan selamat. bersyukur juga kami berjaya memenuhi lagi satu syarat Graduate di USIM. 

secara keseluruhannya yang diperoleh dari trip ini. kami yang sebelum ini tak pernah rapat, menjadi sangat rapat dan sangat mengambil berat. kami yang sebelum ini tak pernah kenal, jadi paling kenal. 
just mention semua ini yang membuahkan ukhuwwah dan cinta yang mendalam antara kami dan menjadikan program ini lancar.

jangan risau untuk turun ke Indonesia sebab kita 1 rumpun bahasa, so komunikasi tidak ada masalah di sana, kalau tak faham pun sikit-sikit dan mereka akan bantu kita untuk faham. paling penting bila masuk Jogja automatik sleng Malaysia akan hilang.. tu tak tahu kenapa

orang Indonesia sangat peramah dan terbuka dengan orang Malaysia, sebab yang diorang kenal kami ni Siti Nur Haliza dan Upin Ipin.. di mana-mana kami pergi pasti kami dipanggil upin ipin.. mana tak nya setiap pagi upin ipin kat tv dorang. CH RCTI kot.. 

pasal makanan dan minuman, kalau boleh tak perlu try2 nak beli kat tepi-tepi jalan . 1 peringatan oleh senior cik munirah sebab rakyat Malaysia takda injektion Hipetitis B. lagi 1 kehalalan tu tak mampu dijamin. 

kalau mengenai shopping, kalau boleh, tawar setawarnya. barang di sana memang murah-murah. cuma sekarang mata wang diorang tengah naik sikit. tapi ingat ada 1 prinsip majoriti penjual kat sana, lepas tawar mesti wajib beli. tak beli habis korang kena bambu. (unsur paksaan juga la pembelian kat sana)

negara diorang bukan negara senang. so kita akan jumpa ramai pengemis, ada orang pesan, jangan bagi. tapi tak sampai hati. bagi juga kalau anda ada rasa simpati.

kat sana takda tukang sapu daun ye.. pada cik munirah, baik kerajaan dorang wujudkan 1 kerja jadi tukang sapu, so dapat kurangkan sikit kadar kemiskinan.. maybe..

1 pengajaran yang boleh diambil , rakyat  kuat semangat untuk berjaya. tak kira apapun rintangan. apa yang cik munirah sempat interview driver bas kami Pak Dik, cik munirah tanya tingkat harga mana yang dikatakan mahal oleh penduduk Indonesia dan tangga gaji mereka.. rp100.000 keatas itu sudah dilebal mahal, means duit kita dalam RM 30 dan tangga gaji diorang pula berbeza jauh dengan Malaysia. tidak hairan kenapa ramai rakyat diorang berhijrah ke negara lain dan sanggup kerja berat demi mendapat wang lebih.

banyak perguruan teknik di Indonesia, tak kesah la teknik dari sudut apa, kebidanan, komputer, penerbangan, kewangan. semua ini adalah misi menaik taraf negara dan melahirkan generasi yang mampu membangun negara

rendah matawang menjadikan wang mereka 0 nilai. contoh syiling diorang macam coin token kita. itulah kepentingan pengikat duit dengan emas negara. jadinya kita perlu banyak bersyukur tentang ini dan menjaga matawang kita.

wisata diorag memang hebat-hebat.. dan diorang kreatif dalam misi menjadi golongan mampu.

rakyat mereka mempunyai tingkat kesabaran dan kuat semangat yang tinggi, pemurah, diorang suka jamu tetamu (yang ini sebab tradisi jawa mungkin). padahal dia pun susah. tapi masih lagi pemurah.

mereka aulakan waktu solat dan solat itu sendiri. buktinya di setiap rstoran ada musholla cuma ikhtilat kurang tercermin di sini. 

setakat itu saja. mungkin ada yang terlepas pandang atau terlupa ditulis. terima kasih bagi yang menyokong dan membantu menjadi penggerak sepanjang Program Delegasi Ilmiah ini berlangsung. 

I LOVE JOGJA...


Friday, 29 August 2014

trip Jogja : Final Day ( YAKETUNIS + hadiah cinta buat kami )

assalamualaikum,
tuptap harini hari terakhir bukan terakhir lagi, kami dah nak check out Quin Colombo.. sedih menyayat tangkai disetiap hati. apakan daya, tiket flight dah di booked.. tanggungjawab kami masih banyak berbaki di Malaysia. kami terpaksa pulang sepertimana perasaan kami terpaksa pergi ke Jogja dulu <----- ( yang perasaan ni perhaps cik Munirah sorang je yang rasa ) malahan lebih kepada i'm falling in love with Daerah Istimewa.


kami ada misi besar hari ni ke YAKETUNIS as misi terakhir kami di kota Jogja. sesuai dengan subjek Quran Braille yang pernah kami belajar semester lepas, hari ni kami akan pergi ke tempat asal negara yang menggunakan Quran Braille. 

Breakfast terakhir di Quin Colombo, main dishes 'Soto Kalasan' mempunyai taste yang sangat unik dan masih teringat-ringat sup dia. ( time tulis ni tengah mengidam sebenarnya ) bila la nak sampai lagi ke sini.

selepas breakfast, kami checkout dan angkat semua barang.. 'OK GUYS, KITA NAK BALIK SUDAHH' bye for Quin Colombo dan katil2 King Koil yang superb empuk.

going through YAKETUNIS

Yayasan Kesejahteraan Tunanetra Islam atau singkatannya YAKETUNIS pastinya sangat popular disekitar kehidupan persatuan orang-orang kurang upaya yang beragama islam dan semestinya sejarah itu tersemat bagi yang mempelajari Quran Braille. terletak di Jl. Parangtritis Yogyakarta. Yayasan ini ditubuhkan atas inisiatif golongan yang bertanggungjawab dimana beliau juga kurang upaya penglihatan dengan misi supaya nasib golongan sebegini lebih terbela kerana saat itu di Indonesia, golongan begini tidak mendapat tempat istimewa, tempat pergantungan, dan tempat dituju untuk diminta bantuan. selepas tertubuhnya YAKETUNIS inilah golongan buta seperti mereka dapat mencelikkan mata masyarakat dunia.

Kedatangan kami disambut baik oleh penjaga panti ini dan kami dihilangkan dengan halwa telinga persembahan khas oleh pelajar-pelajar mereka. lagu 'TERIMA KASIH CINTA' memenuhi ruang dewan kecil menyentap sanubari kami dengan suara yang mengasyikkan dan dikuatkan dengan nilai keikhlasan mampu meluahkan keindahan dalam bait-bait liriknya. (afgan nyanyi pun aku tak tersentap, hebat budak ni) 

TERIMA KASIH CINTA
UNTUK SEGALANYA
KAU BERIKAN LAGI 
KESEMPATAN ITU
TAKKAN TERULANG LAGI
SEMUA
KESALAHANKU
YANG TELAH MENYAKITIMU

Kalau dapat difahami, lirik ini sangat besar maknanya mungkin juga kepada mereka. Tanda syukur kerana Allah masih memberi peluang untuk kita , memaafkan kita walaupun dosa kita banyak sangat.
Selepas itu bacaan ayat suci Al-Quran dari salah seorang pelajar mereka. mengejutkan kami, bacaannya sangat mengasyikkan dan dihiasi dengan burdah-burdah indah. seminar sedikit dan kemudian kami melawat disekitar tempat tersebut. sedih? memang sedih.. tapi bangga sebab mereka lebih berdikari dari kita yang sempurna ini. lebih bijak mungkin. 

i've thought something , kalau budak yang buta dari kecil, macammana cara dia mengenali sesuatu benda? mengetahui sesuatu hanya dengan nama, sentuhan kepada objek, tapi kalau warna?? kuning bagi mereka bagaimana? hijau dan merah itu bagaimana? hanya Allah yang tahu. 

kami bertemu dengan pelajar-pelajar dari pelbagai peringkat umur, dari kecil hingga yang dewasa. kebolehan mereka yang luar biasa membuatkan kami teruja. mereka mampu membaca pesanan ringkas dari henfon dan mampu membalasnya.  HEBAT kuasa Allah..




memahami hati mereka, memahami cara mereka membuatkan kita mengerti, mereka berusaha menjadi seorang yang mampu dianggap "normal" dan diterima oleh masyarakat dunia. wahai adik-adik, usah bersedih sedang kamu lebih istimewa dari kami yang celik matanya tapi buta hati dan akal. sedang kamu makhluk suci di sisi Tuhan. kami meninggalkan YAKETUNIS dengan potret bersama insan kurang bernasib baik. langkah dengan penuh yakin.. kami lebih dan kami perlu menjadi lebih kuat dari mereka. memang benar mereka membuka mata hati dunia.

YAKETUNIS penutup misi besar kami di sini. sebagai hadiah dari kejayaan ini, kami dijanjikan dengan shopping kedua di Malioboro dan Beringharjo.. sorakan keriangan memenuhi setiap ruang bas.

tambahan rezeki kami alhamdulillah, ada pihak yang baik hati memberi sumbangan RM 100 setiap seorang, untuk kami melalui Ustaz Nizammuddin.. thanks for golongan itu yang terbuka hati memberi sumbangan untuk kami. 

kami dihantar ke pusat oleh-oleh Jogjakarta Bakpia Pathok 25 yang terletak di belakang Malioboro untuk membeli oleh-oleh khas yogyakarta. Bakpia adalah makanan khas Yogyakarta yang sangat terkenal. banyak jugalah cemil-cemil yang dijual di toko ini. tak tahu nak beli apa.( jangan risau sebab kat sini ada tester ). so cari makanan yang anda rasa anda boleh makan dan orang lain boleh makan la ye... last2 cik munirah beli bakpia dengan kerepek bayam. Bakpia? rasa dia?? ermmmm mables.. semua orang yang cik munirah bagi rasa, memberi respon positif.. patutlah makanan ni popular dan dijual dimana-mana. sampai kat malioboro pun ada jual.. tapi diorang jual yang belum dibungkus dan masih panas. yang aneh makanan kat jogja dia macam mahal sikit dari barang lain. tak tahu la pulak, cik munirah rasa gitu. sebab cik munirah beli 2 bakpia dengan 2 kerepek tu harga dia rp.124. 000 . ( terfikir, beli baju boleh lepas 1 baju batik ). tapi tak kesah la nasib baik sedap.


dah balik Malaysia baru menyesal sebab benda ni sedap. mana nak dapat lagi ye?? boleh tak postage dari Jogja masuk Malaysia?
lepas shopping kat situ kami teruskan explorasi ke Malioboro dan beringharjo sambung shopping semalam yang tak habis. kali ni lebih fokus untuk ke beringharjo dan fokus untuk siapa dan barang apa yang hendak dibeli. 1 jam setengah masa diberi Alhamdulillah cukup buat cik munirah membeli apa yang tak sempat dibeli dan menghabiskan sisa-sisa rupiah di jogja. kena habiskan sebab rugi tukar semula rupiah bila tak habis, nilai dia takkan sama dengan nilai asal kita tukar. 
sharing, seronok sebab cik munirah dapat beli kain pasang untuk cik munirah dan ibu 8 meter setengah berharga selepas ditawar rp.220.000 lebih kurang RM80. Pergh konfem ambil sebab kain dia sedap. murah pulak tu, so tak payah risau, sangat berbaloi. 
siap shopping. (gambar shopping takde) duit balance-balance tu tak tahu nak buat apa syiling-syiling ni, bagi je kat mbak-mbak dan ibuk-ibuk yang ada sekitar pasar itu ( kita boleh perhatikan Beringharjo ni lebih kurang Pasar Kepayang Terengganu juga). pesanan, yang penting kat Jogja ni, jangan mintak tawar sembarangan. cik Munirah 3x kena habuan baik punya..ayat diorang memang SENTAPPP!! dari situ saya faham, ini bukan MALAYSIA. 

kembali ke bas, lunch dalam bas, selera hilang, maybe sebab nak balik..

dihantar semula ke Adisukipto untuk terbang ke Malaysia. flight kami jam 16:45 W.I... uruskan luggage, solat, tiket, tax selesai dan kami masuk balai berlepas. duit tax actually kami asingkan rp200.000 tapi tak sangka tax just rp.100.000 , berbaki lagi rp.100.000 mahu diapakan wang ini? 

setengah jam di atas flight, LAPAR.. baru nak rasa lapar.. ok dah tahu. habiskan rupiah di sini. cuma pertukaran Air Asia mahal sikit.. lupa pulak currency diorang macammana yang penting ada baki RM5.. boleh makan - makan sebab kalini flight lebih cool. relax dan tenang.. duduk tepi tingkap pulak tu.


lambaian terakhir untuk daerah istimewa, moga kami sampai sini lagi, moment indah tersemat rapi di hati kami. Jogja kota indah, tempat yang paling best untuk vacation ataupun menuntut ilmu pengetahuan. BYE JOGJA.. I'LL MISS EVERY SINGLE MOMENT THAT I'M BE WITH.. 

nampak cahaya terang Kuala Lumpur, kami tahu kami sekejap lagi akan landing . KLIA 2 jam 08:50 PM waktu Malaysia. settle misi kami.. Alhamdulillah..


terkejar ERL to TBS dan pagi jam 4 kita pulang ke Johor.. quiet tough day... beautiful smile.. sampai di TBS misi kami bertambah " di sini lahirnya sebuah cinta" 



muka dah letih dah tu.. abaikan... yang penting kami bangga menjadi anak Malaysia MERDEKA... membawa misi indah di Nusantara... MALAYSIA 4PEACE.. Selamat Ulangtahun Kemerdekaan ke 57. MERDEKA !!! ( gelap pulak muka..hohoho )


Thursday, 28 August 2014

trip Jogja : 4th Day Kraton Palace + Malioboro shopping place

assalamualaikum.. 
4th day Jogjakarta Bandar Istimewa.. alhamdulillah settle misi semalam , harini kita hanya jalan-jalan around kota jogja.. keluar lewat sikit harini lebih kurang jam 9:00 W.I 

after breakfast, tapi breakfast dah habis da. tengok jam la kan, kami diberitahu harini kami akan melawat Kraton.. ( saya yang orang Jawa sendiri tak tahu Kraton tu apa ) ingakan macam candi aka borobudor tu.. haha memang kebodohan nyata aku tunjuk.. diam2 sudah.. dah sampai baru tahu Kraton adalah istana ye. dalam Negara Indonesia, hanya Jogjakarta negeri istimewa masih mengamalkan tradisi kesultanan. search wikipidea ( sebenarnya benda alah ni berguna, benda ni untuk belajar sejarah, untuk assignment je tak sah)

Kraton menurut wikipedia ialah istana tempat tinggal atau memerintah seorang raja Jawa . kedudukan kraton di jogjakarta sangat unik kerana ia terletak di tengah-tengah pusat Jogjakarta antara gunung merapi dan pantai tu yang pak tour guide dalam kraton tu cakap.. nak tahu lebih tekan link ni kraton in story . 





Kraton ni besar sangat, yang kami masuk tu baru suku bahagian kraton. ada penjaga? maybe kot sebab aku masuk bulu roma merinding je. mesti lah kan tempat besar. pernah terkena gempa dan ada bangunan yang mengalami kerosakan tapi sudah pun dibaik pulih. 

Kraton ni salah satu wisata atau pusat pelancongan yang menjadi tarikan pengunjung untuk mengenali budaya asli suku jawa yang masih terjaga rapi dan penuh nilai kesenian. tapi bagi cik munirah, cik munirah tertarik sebab nak surf latar keturunan kita dari mana, selain dari tu ukiran dalam setiap binaan menaikkan kuasa tarikan ingin tahu lebih dan lebih. magis?? not magis tapi penuh erti, seperti binaan kraton sendiri terdiri dari 3 elemen budaya Islam, Hindu, dan Buddha.. padahal 1 hape pak tu cerita cik munirah tak faham ( sikit je la faham nya tu bukan all story ) yang faham sangat Sultan yang last ni anak dia semua perempuan takda lelaki so takda waris sultan selepas kemangkatan sultan nanti, mungkin adiknya yang akan mengganti.

through from the beginner of Kraton kita belajar adat istiadat dan kelengkapan dalam istana dan upacara rasmi dan tidak rasmi Kraton, teruskan lagi ke tempat abdi (prajurit kraton) ( tak boleh pakai kasut dalam istana ) dan perubatan diRaja, teruskan lagi ke tempat budaya Kraton.. masa lalu tempat budaya kraton tu ada charge bawak camera ya 1000rp setiap camera. kat dalam tu ada kumpulan gamelan sedang buat persembahan. time cik munirah masuk tu dah nak habis da gamelannya. so dapat tengok sikit je.. tu bukan epik ramayana dan mahabratha ye (jangan salah sangka sebab cik munirah pun tersalah sangka jugak first2) tapi cerita cinta puteri raja. 



nak pesan , hati-hati dengan camera yang anda tak kenal, jangan tengok atau jangan senyum. tak pasal-pasal keluar kraton anda akan nampak gambar anda terpampang besar di atas kertas kilat dan perlu anda bayar. kalau yang excited tu beli la.. kalau dah banyak gambar? menyaya jugak.. 



kumpulan Gamelan Kraton








Khazanah Kraton, tempat alat solek , kandang putera







generasi muda istana, cucu kepada seorang abdi kraton





maaf untuk cerita kraton cik munirah tak mampu nak detail segala sejarah asal-usul dan cerita nya. amat menarik untuk dikaji bagi yang meminati sejarah dan kesenian indah Jawa. insyaAllah mana tahu suatu hari nanti cik munirah akan kaji benda ni semula.. actually untuk jalan dalam kraton ni je mengambil masa yang lama dan perjalanan jauh. itu pun kami memutuskan untuk terus keluar, sepatutnya kami melawat Istana Air TamanSari ( istana kecil yogyakarta ), tapi kami awal-awal menolak... tidak untuk meneruskan belajar sejarah di tengahhari :) .. time to lunch "NUMANI 1 Restoran" makan dengan berselera sebab lapar satu hal, lagi satu hal sebab serius baru rasa macam makan makanan kat rumah.. ( kita kan jawa ) ohh mengerti lebih kureng je sebenarnya jawa malaysia dan jawa asli indonesia, cuma unsur percampuran budaya menjadikan masakan jawa malaysia agak lain sedikit dari yang asli.

Selepas makan, solat, kami teruskan misi hari ini untuk membeli-beli di pasar Malioboro dan Beringharjo. Malioboro kalau kita perhatikan actually nampak macam ada unsur tradisi Belanda jalannya, sebab ada kereta kuda jalan tepi-tepi pun ala-ala kesenian yang digarap dari ke'belanda'an (ayat apa tu kebelandaan?) kalau dari kraton dekat je malioboro tu, dan beringharjo ada dalam malioboro.

time shopping takda lah gambar ye, sebab mata dah melilau.. actually cik munirah and geng ( mek ca, atin dgn kak syida ) baru meronda malioboro saja rupanya tanpa sedar kitorang tak jumpa beringharjo tu kat mana..haha..  cuma kat kedai first tu dapat ambil gambar cara pembuatan batik Indonesia.


Diberi masa 3 jam untuk shopping sebenarnya tak cukup. sebabkan waktu sangat singkat, kami terkejar-kejar sampai tak puas nak membeli dan membelik kedai satu per satu. harga berbaloi bukan berbaloi, murah takkan dapat di Malaysia harga murah-murah macam ni. so konklusi tak puasssss.. malam tu kitorang dinner kat Restoran Dapur Sambal memang betul-betul sambal lah kan... haha.. berair mata je... after that kita terus lagi shopping ke Kota Gede. Kota Gede ni pusat silver Jogjakarta. Pada cik Munirah, silver kat sini lagi mahal berbanding Malaysia. Tapi beli juga la 2 brooch sebagai souvenir. maaf pada sesiapa yang tempah fridge magnet. kat Jogja memang susah dapat fridge magnet kalau ada pun mahal dan tak sepadan harga.

tamat 1 hari, kami pulang ke hotel untuk kemas-kemas, esok kami dah check out hotel... sayang nak tinggalkan Jogja..lagi sayang nak tinggalkan katil King koil yang empuk... Jogja surely I'll miss...



Wednesday, 27 August 2014

trip Jogja : 3rd Day ( PART II )

*Menyambung dari entry trip Jogja : 3rd Day ( PART I )
selepas makan dan solat qasar jamak di Jejamuran Restoran Slamen, kami meneruskan misi hari ini untuk menziarahi panti-panti asuhan sekitar Jogja. Panti-panti asuhan yang terpilih adalah Panti Asuhan Putri Islam dan Panti Asuhan Ibadah Bunda.

Panti Asuhan Putri Islam Jogjakarta

Panti ini dipimpin oleh ibu Endang dan ia adalah warisan keluarga. Menurut Eyang ( pengetua panti ) panti ini adalah tempat perlindungan dan didikan untuk kanak-kanak yang tidak berkemampuan. anak -anak panti paling kecil berusia 5 tahun dan ada juga anak panti yang sudah menjadi mahasiswa di Universitas2 di Jogja. selain anak yatim, ada juga anak-anak fakir , yang tidak mempunyai keluarga tinggal di panti ini. mereka bagaikan 1 big family pengganti keluarga yang pergi.
kami disambut oleh anak-anak panti dengan nyanyian sambutan oleh mereka. actually mereka menyambut kami dengan penuh rasa terbuka dan berbahagia dengan kunjungan kami. kami juga di bawa melawat sekitar tempat perlindungan cinta mereka ini. 
masa untuk pulang. mereka berat melepaskan kepergian kami, mudah-mudahan kita berjumpa lagi...



-----> going through Panti asuhan kedua

Panti Asuhan Ibadah Bunda

kami tiba di panti lebih kurang maghrib dan kami di jemput untuk solat jamaah di panti. tidak seperti panti sebelum ini, panti asuhan ibadah bunda ni pelajarnya sudah besar-besar. dan panti ini juga warisan dari keluarga pengurus. kami difahamkan bahawa 2 tahun lalu ada juga lawatan dari mahasiswa USIM ke panti ini atas tujuan lawatan ilmiah juga. Anak-anak panti di sini kebanyakannya sudah bersekolah dan ada juga yang sedang belajar di perguruan tinggi. mereka bersemangat menuntut ilmu untuk memasuki universitas kerajaan negeri dan mendapatkan biasiswa. dalam ziarah ini juga diselitkan sesi soal jawab antara anak-anak panti dan mahasiswa USIM bersama pengiring Ustaz Nizammudin



time to back to hotel, kami pelajari pelbagai perkara hari ini, terutamanya KESUSAHAN BUKANLAH PENGHALANG KITA MENGEJAR KEJAYAAN DAN MASALAH ADALAH SALAH 1 TINGKAT KITA MENJADI ORANG BERGUNA. Semoga Allah merahmati anak-anak panti dan diberi kejayaan dunia hingga akhirat amin...

makan malam di restoran tak ingat apa restorannya yang penting ada kedai jual bakpia dan cenderahati kat situ. suasana malam di Jogja yang mecet disebabkan penduduk tempatan berpusu untuk mengisi patrol akibat kehilangan subsidi. 3 malam juga kejadian ni. sanggup dorang tunggu.. 1 thing kami lihat, penduduk mereka mempunyai tahap kesabaran yang tinggi, tiada potong queue , tiada isi minyak lebih or bawak tong lebihan tiada marah-marah, tunggu sampai pagi pun takpa dalam jem panjang seperti itu. 

kami tutup hari kami dengan menghabiskan sisa waktu di pool hotel... tenangkan hati before naik semester baru....